Thursday, April 1, 2010
FAKTA
Percayakah anda air sirap merupakan salah satu komponen asas dlm proses membuat helikopter?? ini kerana satu kajian telah dibuat,seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan dahaga semasa membuat helikopter,tanpa air sirap helikopter tersebut tidak mungkin dapat disiapkan.
sebuah kereta yg dipandu selaju 220km/j tidak akan dapat memotong kereta yg dipandu selaju 20km/j jika kedua-dua kereta tersebut dipandu dari arah bertentangan..
tahukah anda bendera denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadi bendera paling lama digunakan lebih lama berbanding susu cap bendera..
tahukah anda seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganye sendiri menggunakan siku...

Maghi belajo loghak teghanung(mari blajar loghat terengganu)
abih reng = sehabis tenaga
abih teh = sekuat hati
acing pering = bau yang sangat hancing
apah nyor = hampas kelapa
anguh letung = sangat hangus
air tuok = air nira
B
Babir(ba-bay) = degil,tak dengar kata
bahang = pukul(bergaduh)
bang = azan
belede = agar-agar
belebe = membebel
ne-beng = memaksa diri
bekeng = garang
beghak nanang = terlalu berat
beluah = comot
bising bango = terlalu bising
busuk kohong = terlalu busuk
bahan rambang = membabi buta,melulu
bekwoh = kenduri
C
ceroh nerang = terang benderang
cerlong = melihat org dgn pandangan yg tajam
cokeng = tercacak
D
dakpe = tdk mengapa
deber = samseng,gangster
dinung = disana
do'oh = melampau
dok dang = tak sempat
dok leh = tdk boleh
dok pah = tdk lulus
dok rok = tdk bertenaga
dok ske = tidak sangka
dok wie = tidak bagi
dumoh = di rumah
G
gaha = menyental
ghajuk = beg plastik
gandor = galas,menggalas
gelenya = miang
gocoh = bergaduh
godang = pukul
gong = sombong
H
hitang legang = hitam yg teramat sgt
hudoh sepang = hodoh
I
ikang aye = ikan tongkol
J
jahil tukay = terlampau bodoh
jambang = tandas,jamban
jambu golok = gajus
jauh jenak = sgt jauh
jeput = cucur,cengkodok
jenere = lena(tidur)
K
kabo = beritahu
kalu = kalau
katok = ketuk
kekeng = kangkang
kekgi = sekejap lagi
kelih = lihat,pandang
kepok gete = keropok lekor
khabak = panjat
kenayak/khenak = khianat
koho-koho = slow-slow
korang nyor = alat untuk kukur kelapa(tradisional)
koyok = kupas/kopek
L
lagu tu = seperti itu
lambur = beranda
lebong = tipu
lening = sekarang
lembek = tilam
letihsang = sangat letih
liuk = masuk angin,lemau(makanan)
M
makang pulut = menghadiri kenduri kahwin
malah = malas
mareng = kelmarin/semalam
masing pekok = sangat masin
mecheh = mancis
molek = sempurna,cantik
mung = kamu,kau
mussang = air muka yg bengis
N
nano = perlakuan yg tak tentu arah
nawok = tipu
ngatuk = mengantuk
nyanying = menyanyi
nyaknyer = kesian
noneng = tergantung
noppak = melompat
nyodok = penyodok
P
panah = panas
pelang = buah mempelam
piyer = siapa
pitih = duit,wang
pulok = pula
punoh = punah/rosak
puyuk = periuk
R
rebis = tanah yg mudah mendap
ringang lepung = terlalu ringan
reti = pandai/mengetahui cara
rial = ringgit(RM)
robok = almari
rohok = susah/payah
rok = semak samun
royak = beritahu(kabo)
S
samah = 50sen
sakok = terhalang
se'eh = terlalu kenyang
sejuk ngokor = sgt sejuk
slalu = skarang,serta-merta
sokmo = selalu,sentiasa
sprong = teropong
stengba = stanby/bersiap sedia
suka = ketawa/gelak
susuk = sorok/menyorok
T
tak mboh = tidak mahu
tamboh = tambah(+)
timung cine = tembikai
tohok = buang
tok = nenek
tokki = datuk
tongong = bodoh
tonyoh = sekeh
tra = cuba/try
tubik = keluar
tunggang langgang = tidak tersusun
U
ubi stele = keledek
ulak = ulat
W
wak = buat
wie = beri
wak lolok = tipu

Alam Jin
1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya
Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal
puluh ribu tahun lamanya .
2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk
menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt
melaknat dan perintah turun ke bumi.
Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.
3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin
Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).
4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang
Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling
suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu
ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu,
adik-beradik jin lah tuu.
5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan,
lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan
kubur.
6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di
perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman,
Fil 'alamin."
Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi
Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca
ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa
bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila
pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!
7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab
jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik
nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman,
memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga
Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.
Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan
tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di
hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan
tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman
pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi
Sulaiman telah mangkat.
8) Manusia juga dilarang membuang air di
lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu
tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di
larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).
9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah
yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di
situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca
surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3
hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu
suka sangat menepung tawar !!!
10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7
~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9
kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang
yang di rasuk.
* Kalau rajin..Tolong sebarkan maklumat ini kepada
saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang
bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan
bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Jika Sesungguhnya..
J I K A........
Jika kamu memancing ikan.....
Setelah ikan itu terikat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja....
Karena ia akan sakit oleh karena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin
ia akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... .
Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja......
Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat
melupakan segalanya selagi dia mengingat... ..
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada
takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh......cukuplah
sekadar keperluanmu. ......
Apabila sekali ia retak......tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.......
Akhirnya ia dibuang..... .
Sedangkan jika kamu coba memperbaikinya mungkin ia masih dapat
dipergunakan lagi.....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya.... .
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya
begitu istimewa.... .
Anggaplah ia manusia biasa.
Apabila sekali ia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.
....akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga
akhirnya.... .
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi.....yang pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, coba mencari makanan yang lain....
Terlalu ingin mengejar kelezatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan....
yang membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu. Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, coba bandingkannya dengan yang lain. Terlalu
mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya; apabila dia menjadi milik orang lain
kamu juga akan menyesal.

Wednesday, March 31, 2010
Aku Insan Biasa..
aku bukan batman
aku bukan tiongman
aku juga bukan superman
aku bukan ironman
aku bukan ultromen
aku bukan sape2
tetapi....
aku hanyalah insan yang lemah dan sering melakukan kesilapan yg bertukar ganti.......Full stop!!

Sunday, March 28, 2010
back to 9 years ago...
entah macam mana aku terjumpa gambar ni.Dah lama aku tak jumpa dia orang ni,kira2 aku dah 9 tahun agaknya..
bila tengok gambar ni aku terkenang gelagat budak2 masa sekolah dulu,memang nakal..
ada yang atlet,ada yg best student,ada yg pengawas,ada yg pndiam dalam kelas..yang ngorat cekgu pun ada..macam2 ada!!
lepas level 6 dulu,langsung dah tak jumpa bdak2 ni(naik ke langit agaknye)..
tahun lepas,2009...aku mula mengorat langkah sebagai facebooker paling berjaya dalam kalangan pelajar2 sekolah memandu seluruh malaysia
dengan facebook juga aku dapat menDETECT semua saing2(kawan) aku yang dulu
Alhamdulillah sehingga hari ini sudah ramai yg dh aku jumpa tp tidak kesemuanya di jumpai mungkin tak turun dari langit lagi kot
semua dah besar dah,semuanya student U..tinggal aku sorang je la yg bkn student U,tp aku student skolah memandu...(student jugak tu!!)
kalau yg dulu nya pemalu,skarang takde dh malu2 tu...kalu dulunya kecik,skarang besar dh(jangan trase pulak)
kalu yang lelaki tu macam ayah org,klu ladies plak macam mak budak...hikhik(jangan mare haa)
dah ensem2 blake dh skang ni,yg ladies plak comey2..
insyaAllah dengan berbekalkan kompas mydin dan kepakaran menyembelih ayam yang aku ada ni,akan ku jejak kau sampai lubang arnab..
kalau kau nk thu ni la list budak2 yang seangkatan dgn aku dulu(sori la ye aku tulis random je ni)
- Amin (politeknik port dickson N9,diploma akauntansi)
- hadinor (politeknik mane entah)
- Aina (IPGM kuala lumpur,ckgu pra skoloh)
- Farihan (IPGM sultan mizan besut,ckgu kajian tempatan kalu tak silap)
- Ismarizal (sekolah memandu bitara,diploma stereng bas)
- Sepu (UITM shah alam,diploma Inspektor Kesihatan)
- kerudin (UITM dungun)
- CT zubaidah mat zain (kolej swasta di KL)
- CT zubaidah Abdullah
- Mussi (politeknik sultan ahmad shah pahang,diploma elektrik)
- muppy (ambe wase ye duk d KLIA,MAS kargo)
- Nurul syazana (UPSI)
- Pared (supervisor site)
- Nani (UITM dungun)
- Mimi (UUM,dgree bisnes tani)
- Wani shamsudin (UNIMAP)
- Maih
- Masdiana
- Peza
- Mat za
- Syakirin (UPM)
- haja
- siti
- Ayuni
- Mat napi
- Mat topa
- Noriah
- Mat taking
begitu la coretan masa skolah rndah dulu.......selamat beramal!!!
sekian...

Saturday, March 27, 2010
Jika hari ini
Seorang perdana menteri berkuasa..
Seorang presiden memerintah negara..
Seorang raja menaiki takhtanya..
Seorang peguam menang bicara..
Seorang jurutera binaannya tegar..
Seorang saintis menemui formula..
Seorang doktor pembedahannya berjaya..
Seorang pengurus mentadbir pekerjaannya..
Seorang penulis karyanya terkemuka..
Seorang usahawan mengumpul harta..
Seorang pensyarah mendidik para cendekia..
Seorang graduan visinya terpelihara..
Seorang ulama mentarbiah jiwa..
Seorang ahli sukan bergelar juara..
Seorang pelajar pandai membaca, menulis dan mengira..
Semua orang menjadi dewasa..
Sejarah bermula dari seorang "GURU BIASA"
