Pages

Wednesday, September 22, 2010

Proton Waja Baru 2010 ( 10 photos)

  Proton Lancer
After many years of going around in circles talking to companies such as PSA Peugeot Citroen, Volkswagen and GM, Proton has finally ended up at a familiar place, Mitsubishi Motors. Proton announced to Bursa Malaysia today that it has entered into a product collaboration program with Mitsubishi Motors Corporation, Japan. The following is the scope of the product collaboration:

  • A Development Agreement, to develop a new Vehicle Model for PROTON based on details of work, target specifications, job sharing and time schedule as determined by both parties (“Licensed Product”).
  • A Licence Agreement, where MMC grants PROTON a non-exclusive license to use technical assistance and patents solely for the purpose of utilization of technical information for restyling, modification and improvement work, manufacturing of local parts, assembling, selling and after sales services / support of the Licensed Product to be sold under PROTON’s trademark and styling; and
  • An Engineering Services Agreement, wherein MMC will provide the work and services for PROTON’s manufacturing of the Licensed Product.
StarBiz revealed today that the Mitsubishi vehicle to be provided to Proton is the new Lancer, which will be used to replace the Waja. A quick check with sources inside Proton revealed that the vehicle would pretty much be a Lancer with only minor changes to the design, even less than what Mitsubishi Taiwan has done to their version of the Lancer.
The Lancer Fortis is shown in the image above, just compare it to the original Lancer (chopped by Theophilus with Proton badges) shown below, it’s a world of a difference! So the good news is our version will likely keep the Lancer’s original aggressive looks.
Click for enlarged image
The new Lancer-Waja will likely be priced at a higher price point than the current Waja CPS, but lower than the Perdana. We’ll also get the GEMA series of engines that comes with the Lancer, though it’s not clear at this moment which one. The GEMA engine is available in 1.8, 2.0 and 2.4 liter displacements.

Other proposed areas that Mitsubishi and Proton are in discussions about include the rebadging of the Persona and the 2009 Proton MPV as a Mitsubishi in certain markets and the joint development of an A-segment hatchback (a new Savvy-sized vehicle), but when contacted by this blog, sources in Proton indicated these additional projects are at best only in discussion stages only, and not something confirmed.

In fact, an A-segment hatch may not be such a good area for Proton to venture into right now, given how price sensitive the A-segment market is. Maybe later, if Proton gains enough technical know-how on how to build a car cheaply and once it has enough economies of scale to price it low yet make a sufficient profit
.
The only two car manufacturers enjoying success in that market segment are Suzuki and Daihatsu, who are experts in small cars. It’s very hard to profit and with the current condition of Proton’s economies of scale, I doubt Proton could create an A-segment hatch that could have the right features, quality and price to enjoy a decent amount of success whether in Malaysia or overseas.

I doubt even accounting for the potential units sold under the Mitsubishi badge could help out there as Mitsubishi themselves do not have much successful experience in that area.





TV3 menyiarkan gambar yang boleh juga dianggap sebagai spyshot untuk Model Pengganti Waja (Waja Replacement Model) yang bakal dilancarkan dengan rasminya hujung tahun ini.

Terkini..Sosilawati: Pekerja Songlap Duit Sebagai Modal Buka Bisnes Saingi Bisnes Sosilawati


Pekerja perempuan itu mengaut keuntungan jutaan ringgit kerana selama lebih 5 tahun duit haram mengalir masuk ke akaunnya.Dah banyak duit..tergamak pulak dia buka bisnes yang sama untuk menjatuhkan

majikannya.Nama perniagaan Talam 2 muka ini belum didedahkan media.Bagaimanapun kami akan korek dan dedahkan disini.Kiranya terbukti..boikot dia habis habisan.


“Lebih mengejutkan apabila pihak keluarga mendapat tahu bekas pekerja Sosilawati terbabit turut cuba tampil dengan produk

penjagaan wajah jenama terbaru bagi

menyaingi perniagaan Sosilawati. Tidak pasti dari mana modal perniagaan itu

diperoleh,” katanya yang enggan namanya didedahkan berikutan bimbang ia boleh mengeruhkan hubungan keluarga.



KUALA LUMPUR: Pendedahan terbaru agak mengejutkan apabila jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, yang mati dibunuh kejam bukan hanya menjadi mangsa penipuan peguam di Banting, malah turut ‘ditikam dari belakang’ oleh bekas pekerja kepercayaannya yang menggelapkan wang syarikat mencecah jutaan ringgit sejak lebih lima tahun lalu.

Difahamkan, penipuan licik sekian lama dilakukan bekas pekerja yang selama ini mendapat kepercayaan Sosilawati hanya diketahui jutawan kosmetik itu pada pertengahan Ramadan lalu apabila usahawan berkenaan mula curiga terhadap keuntungan yang seharusnya diperoleh hasil jualan produk kosmetik syarikatnya.

Sumber terdekat keluarga Sosilawati memberitahu, sikap mangsa yang meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pekerjanya dalam menguruskan operasi dan kewangan syarikat kosmetik Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd dipercayai menjadi punca ada antara kakitangannya mengambil kesempatan.

Menurutnya, Sosilawati yang jarang berada di pejabatnya di Jalan Raja Bot, Chow Kit, di sini, kerana urusan kerja luar menyerahkan bulat-bulat kepada kakitangannya untuk menguruskan penjualan dan penyerahan produk kepada stokis.

“Malah, pekerjanya itu turut diamanahkan untuk menerima cek pembelian produk daripada stokis di seluruh negara sebelum cek terbabit dimasukkan ke dalam akaun syarikat.

“Malangnya, kepercayaan Sosilawati itu dibalas sebaliknya apabila seorang daripada pekerja syarikat terbabit menggelapkan cek diserahkan stokis produk kosmetik terbabit tanpa disedari sesiapa,” katanya.

Menurutnya, ada kemungkinan bekas pekerja Sosilawati terbabit sengaja mengubah nama penerima cek itu yang sepatutnya ditulis atas nama syarikat kosmetik berkenaan.

“Bagaimanapun, penipuan licik itu terbongkar selepas Sosilawati menyedari sesuatu tidak kena terhadap jumlah wang dalam akaun syarikatnya sebelum menyoal siasat pekerjanya itu.

“Difahamkan, Sosilawati cuba mendapatkan bukti dan buku kira-kira berhubung penyelewengan duit syarikatnya itu, namun gagal. Ada kemungkinan semua bukti terbabit sengaja dihilangkan bagi menyukarkan tindakan undang-undang diambil Sosilawati,” katanya.

Berdasarkan keluhan Sosilawati kepada kenalan dan rakan perniagaannya, dia percaya pekerja berusia lewat 20-an terbabit melarikan wang syarikat berjumlah jutaan ringgit.

“Tidak dapat dipastikan sama ada Sosilawati memecat atau pekerja terbabit menghilangkan diri, namun pekerja wanita itu tidak lagi berkhidmat di syarikat berkenaan seminggu sebelum Sosilawati dilaporkan hilang.

“Apa yang saya tahu, selepas menyedari penyelewengan itu, Sosilawati sibuk mengemas kini buku kira-kira syarikat selain cuba mendapatkan kembali resit pembelian daripada stokis yang membuat pembelian produk daripadanya sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, Sosilawati bagaimanapun tidak membuat laporan polis berhubung penyelewengan berkenaan.

“Lebih mengejutkan apabila pihak keluarga mendapat tahu bekas pekerja Sosilawati terbabit turut cuba tampil dengan produk penjagaan wajah jenama terbaru bagi menyaingi perniagaan Sosilawati. Tidak pasti dari mana modal perniagaan itu diperoleh,” katanya yang enggan namanya didedahkan berikutan bimbang ia boleh mengeruhkan hubungan keluarga.

Sementara itu, rakan baik Sosilawati yang juga pengasas produk De’ Wajah, Junaidah Kiting yang dihubungi turut memberitahu pernah menerima panggilan telefon daripada arwah sahabatnya itu yang mengeluh dan melahirkan rasa kecewa dengan tindakan pekerja terbabit.

Menurutnya, Sosilawati marah dan tidak menyangka pekerja kesayangannya itu sanggup menipu dan memperdayanya.

“Bagaimanapun, saya tak tahu butiran terperinci berikutan Sosilawati ketika itu sibuk mengira anggaran kerugian dialami melalui stokis yang membuat pembayaran sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Junaidah sekali lagi menyatakan kesudiannya untuk membantu anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, meneruskan perniagaan kosmetik ibunya itu dengan memberikan apa jua nasihat berhubung pengurusan perniagaan terbabit.

“Sebagai antara rakan karib Sosilawati yang sama-sama menceburi perniagaan ini sejak lebih 10 tahun lalu, saya turut berasa bertanggungjawab bagi membantu anak-anak Sosilawati sekiranya diperlukan,” katanya

Memilih Pasangan Baru

Putus cinta dan tengah single, sekarang mencari pasangan baru. Apakah kriteria yang penting dalam pemilihan pasangan baru ni? Mestilah ada kan..

Pertama sekali. pastikan orang yang disukai ni tidak in contact dengan bekas kekasih mereka. Kalau yang baru-baru break up ni, biasanya diorang akan still in contact dengan ex mereka melainkan break up tu memang teruk mengalahkan Perang Dunia Kedua. Jadi bila in contact ni memang akan jadi complicated sikitlah. Satu problem takut dia terpikat balik ke, satu lagi takut bekas kekasih dia ni tak nak let go. Dua-dua memang parah tapi kalau bab yang bekas kekasih dia tak nak let go lepas tu attack kita balik, haih.. tu memang problem besar. Elok jauhkan kalau orang tu masih ada 'sejarah' yang masih mengekori dia. Jadi kalau nak cari pasangan baru ni, pilihan kita tu disarankan paling kurang pun 3 bulan dah single, kira macam tempoh iddah la.. ekeke.. Baru rasa macam selamat sket. Itu pun kena pastikan betul-betul dulu.

Kedua, pastikan dua-dua saling menyukai. haa.. ni tricky sikit. Biasanya bila lepas break up ni, memang vulnerable la. Maksudnya ada perasaan kehilangan di situ, jadi sangat mudah jatuh cinta kat orang lain. Kadang-kadang orang tu rapat sebagai kawan, tapi salah anggap ingatkan dia minat pulak. Itulah sebabnya kena ada grace period sekurang-kurangnya 3 bulan tadi kalau nak ber-relationship balik ngan orang lain. For a start kalau nak tau suka ke tak, keluar dating la kan. Keluar la 2-3 kali dulu, baru tau sesuai ke tak. Bila dah keluar banyak kali barulah tau suka ke tak, ada rindu atau tak kalau lama tak jumpa. Nak lagi best, pada masa yang sama, keluar dating ngan orang lain yang ada potensi gak. Nama pun single dan masih mencari, jadi keluar ngan ramai-ramai dulu, lepas tu baru buat pilihan berdasarkan yang mana kita paling suka dan rindu.

Ketiga? Ketiga ni barulah masuk bab pilihan peribadi korang. Nak orang yang macam mana? Nak reject yang mana? Yang ni rasanya aku tak perlu terangkan kot. Semua orang ada citarasa masing-masing. Tapikan kalau dah suka tu biasanya kriteria dan pilihan peribadi ni kadang-kadang akan dilupakan sahaja. Yelah, kadang-kadang perasaan suka ni gila sikit. Orang yang kita fikir kita tak mungkin suka, sekali bila dah keluar dua tiga kali sampai tak boleh tidur malam teringat pasal dia. Mungkin itu jodoh dah kot.. entahlah..

Apa-apa pun ini just usaha kita nak cari pasangan. Jodoh tu memang dah ditentukan Allah. Usaha cari yang terbaik dan serasi untuk kita, berdoa kepadaNya dan tawakal jelah kan semoga pilihan kita tu menepati dengan apa yang dah tersurat.

Dihukum Mati Kerana Jual Tanah Pada Israel

Mahkamah tentera Palestin menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada seorang lelaki kerana menjual tanah yang bukan miliknya kepada sebuah syarikat Israel di perkampungan Baitul Ummar, tahun lalu.

BAITULMAQDIS - Penjualan tanah milik Palestin kepada Israel adalah satu kesalahan yang boleh dijatuhkan hukuman mati, menurut perintah sebuah mahkamah Pihak Berkuasa Palestin (PA), kelmarin.

Keputusan mahkamah itu dianggap berpatutan oleh pegawai kerajaan PA yang melihat langkah itu sebagai perlu bagi menjamin penubuhan negara Palestin pada masa depan.

Hakim Mahkamah Tinggi Palestin, Ta’et At-Twil mengeluarkan perintah bahawa penjualan atau cubaan menjual tanah kepada negara asing adalah kesalahan jenayah yang boleh membawa kepada hukuman mati.

Pejabat Pendakwaraya Palestin menegaskan perintah terbaru itu dikeluarkan untuk melindungi misi utama negara Palestin, iaitu untuk menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka.

Mahkamah tentera Palestin menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada seorang lelaki kerana menjual tanah yang bukan miliknya kepada sebuah syarikat Israel di perkampungan Baitul Ummar, tahun lalu.

Penjualan tanah Palestin kepada Israel dianggap sebagai pengkhianatan kerana pertelingkahan berpanjangan kedua negara berhubung isu rampasan tanah Palestin oleh rejim Zionis .

Rahsia di sebalik Tokek atau Gecko


the picture of gecko, tekko

Tokek adalah nama umum bagi cicak besar. Ada beberapa jenis tokek, namun istilah tokek biasanya merujuk kepada jenis tokek rumah berikut.

Tokek rumah adalah sejenis reptilia yang dikenali sebagai cicak besar, spesis Gekkonidae. Tokek rumah memiliki nama ilmiah Gekko gecko (Linnaeus, 1758). Dalam bahasa lain haiwan ini disebut sebagai téko atau tekék (bahasa Jawa), tokék (bahasa Sunda), dan tokay gecko atau tucktoo (bahasa Inggris).

Tokek ialah cicak yang bersaiz besar dan berkepala besar. Panjang maksimum boleh mencapai sehingga 340 mm, (hampir setengah daripada ukuran itu adalah ekornya).

Tokek kerap ditemui di pokok-pokok dalam pekarangan rumah, terutama di kampung-kampung dan tepi hutan. Suara teritorialnya yang keras dan lantang, “tokke… tokke..”,, menjadi kata dasar penyebutan namanya dalam pelbagai bahasa.

Tokek memakan pelbagai spesies serangga, cicak lain yang lebih kecil, tikus kecil dan mungkin juga burung kecil. Seperti spesies cicak yang lain, tokek aktif terutamanya di waktu malam. Kadang-kadang tokek turun ke tanah untuk mengejar mangsanya. Di siang hari, tokek bersembunyi di lubang-lubang kayu atau lubang batu.

Tokek melekatkan telurnya, yang biasanya berjumlah sepasang dan saling berlekatan, di celah-celah lubang pohon; retakan batu; atau jika di rumah, di belakang almari atau di bawah atap. Tempat bertelur ini kerap pula digunakan oleh beberapa tokek secara bersama-sama. Telur menetas setelah dua bulan lebih.

Haiwan ini tersebar luas bermula dari India timur, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Tiongkok selatan dan timur, Thailand, Semenanjung Malaysia dan pulau-pulau di sekitarnya, Sumatra, Jawa, Borneo, Sulawesi, Lombok, Flores, Timor, Aru dan Kepulauan Filipina.

Peringatan!!

Hati-hati, tokek rumah kerap menggigit jika ditangkap. Bila dipegang, tokek akan mengangakan mulutnya; siap untuk menggigit penangkapnya. Gigitannya sangat kuat, otot-otot rahangnya seakan mengkunci; sehingga ada yang mengatakan bahawa gigitan tokek tidak akan dapat dilepaskan kecuali jika ada petir menyambar. Dasyat bukan?

Ada cara yang mudah untuk menipu tokek agar tidak digigit ketika memegangnya. Letakkan sesuatu yang agak empuk tetapi liat di mulutnya yang menganga, seperti sepotong ranting atau helaian kain yang dilipat-lipat, yang tidak mudah putus. Tokek akan menggigitnya dengan sekuat tenaga, sehingga si penangkap selesai untuk menilai, memeriksa dan mengukur haiwan itu. Oleh itu, berhati-hati bila berhadapan dengan haiwan ini.

Gigitan tokek tidak dapat dipaksa untuk lepas tanpa melukakan tokek itu. Salah satu cara untuk melepaskan gigitan tokek adalah dengan merendam haiwan tersebut didalam air sehingga ia melepaskan diri. Cara yang paling mudah pula adalah dengan menitiskan cuka ke mulut tokek. Biasanya itu cukup untuk membuat haiwan tersebut melepaskan gigitannya.