Pages

Wednesday, September 22, 2010

Memilih Pasangan Baru

Putus cinta dan tengah single, sekarang mencari pasangan baru. Apakah kriteria yang penting dalam pemilihan pasangan baru ni? Mestilah ada kan..

Pertama sekali. pastikan orang yang disukai ni tidak in contact dengan bekas kekasih mereka. Kalau yang baru-baru break up ni, biasanya diorang akan still in contact dengan ex mereka melainkan break up tu memang teruk mengalahkan Perang Dunia Kedua. Jadi bila in contact ni memang akan jadi complicated sikitlah. Satu problem takut dia terpikat balik ke, satu lagi takut bekas kekasih dia ni tak nak let go. Dua-dua memang parah tapi kalau bab yang bekas kekasih dia tak nak let go lepas tu attack kita balik, haih.. tu memang problem besar. Elok jauhkan kalau orang tu masih ada 'sejarah' yang masih mengekori dia. Jadi kalau nak cari pasangan baru ni, pilihan kita tu disarankan paling kurang pun 3 bulan dah single, kira macam tempoh iddah la.. ekeke.. Baru rasa macam selamat sket. Itu pun kena pastikan betul-betul dulu.

Kedua, pastikan dua-dua saling menyukai. haa.. ni tricky sikit. Biasanya bila lepas break up ni, memang vulnerable la. Maksudnya ada perasaan kehilangan di situ, jadi sangat mudah jatuh cinta kat orang lain. Kadang-kadang orang tu rapat sebagai kawan, tapi salah anggap ingatkan dia minat pulak. Itulah sebabnya kena ada grace period sekurang-kurangnya 3 bulan tadi kalau nak ber-relationship balik ngan orang lain. For a start kalau nak tau suka ke tak, keluar dating la kan. Keluar la 2-3 kali dulu, baru tau sesuai ke tak. Bila dah keluar banyak kali barulah tau suka ke tak, ada rindu atau tak kalau lama tak jumpa. Nak lagi best, pada masa yang sama, keluar dating ngan orang lain yang ada potensi gak. Nama pun single dan masih mencari, jadi keluar ngan ramai-ramai dulu, lepas tu baru buat pilihan berdasarkan yang mana kita paling suka dan rindu.

Ketiga? Ketiga ni barulah masuk bab pilihan peribadi korang. Nak orang yang macam mana? Nak reject yang mana? Yang ni rasanya aku tak perlu terangkan kot. Semua orang ada citarasa masing-masing. Tapikan kalau dah suka tu biasanya kriteria dan pilihan peribadi ni kadang-kadang akan dilupakan sahaja. Yelah, kadang-kadang perasaan suka ni gila sikit. Orang yang kita fikir kita tak mungkin suka, sekali bila dah keluar dua tiga kali sampai tak boleh tidur malam teringat pasal dia. Mungkin itu jodoh dah kot.. entahlah..

Apa-apa pun ini just usaha kita nak cari pasangan. Jodoh tu memang dah ditentukan Allah. Usaha cari yang terbaik dan serasi untuk kita, berdoa kepadaNya dan tawakal jelah kan semoga pilihan kita tu menepati dengan apa yang dah tersurat.

2 comments:

@z!3z@ @zh@r said...

ni tips bdasarkan pengalaman ke????kuikuikui...

Mr. Komando said...

yes..of kos..hahahaha

Post a Comment