Pages

Saturday, October 16, 2010

Melamar Awek's

Nak cerita sikit pasal detik-detik si lelaki nak melamar gadis pilihan hati dia. Pada pendapat aku, detik ini adalah yang paling best, paling personal dan paling romantik yang boleh berlaku dalam hidup seorang perempuan. Si gadis akan ingat detik manis ni sampai bila-bila. Betul tak?
Bila lelaki ni dah melamar maksudnya dalam kepala otak dia sepatutnya ada si gadis pilihan hati tu jer. Tak boleh ada yang lain dah. Dia kena tahu yang dia akan cinta dan sayang gadis tersebut kalau boleh sampai salah sorang mati. Benda ni kena muktamad dan lelaki tu takleh goyah dalam hubungan diorang. Dalam proses untuk mendirikan rumah tangga, segala-galanya kena start daripada pihak lelaki. Cinta dan perasaan dia mesti solid dan tak boleh dipersoalkan lagi. Dia bersedia untuk hidup dengan gadis tersebut dan dengan dia sahaja (poligami semua tolak jauh-jauh) sampai bila-bila.
Bagi pihak perempuan pula, bila seorang lelaki tu dah melamar.. fuhh.. Mesti terkejut habis. Nak nak kalau si jejaka nih jenis surprise guy, pandai timing baik punya. Time si awek tak jangka langsung nak kena lamar,masa tu tiba-tiba dia berdiri dengan lutut sebelah kat bawah, keluarkan cincin, pegang tangan si gadis dan mengucapkan kata-kata yang si gadis akan ingat sampai bila-bila, "Will you marry me?" Aku bagitau korang nih, bercintalah bagai nak rak macam mana pun, dan kalau dah buat rancangan nak hidup sama sekalipun tapi bila sampai detik ni memang si gadis akan terkejut, terkedu, mungkin menahan air mata kegembiraan dan ada yang melompat kegembiraan dengan senyuman yang tak putus-putus. Walaupun dia tahu detik ni akan datang, kegembiraan yang amat tu masih terasa.
Lelaki yang nak melamar pulak.. hmm.. benda ni biasanya adalah salah satu perkara yang semua orang lelaki nak kecapi dalam hidup mereka. Melamar dan mendapat jawapan yang positif adalah dua perkara yang berbeza dan aku rasa lelaki nak lah dua benda ni dia dapat completekan serentak. Yelah, dibuatnya kalau si gadis cakap, tunggu dia kasi jawapan esok, tak ke naya mamat tu nak tunggu. Memang mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak lalu menunggu jawapan si gadis. Perempuan kadang-kadang boleh jadi indecisive, kejap nak tu, kejap nak ni, lepas tu tukar fikiran. Untuk mengelakkan benda ni daripada berlaku, si lelaki pun kenalah serius masa bercinta. Ni time bercinta pun kadang-kadang sibuk nak jaga tepi kain perempuan lain, mana tak si girlfriend sendiri tak yakin dengan dia kan.
Jawapan negatif? Oh.. minta simpang malaikat 44 jauhkan daripada benda ni berlaku. Benda ni boleh berlaku dan memang bergantung pada couple tu. Ada couple jenis steady-steady, konon cool, konon tak nak over sangat. Masing-masing nak jaga ego. Perasaan sebenar dipendam. Tiba-tiba sampai masa si gadis pulak tak bersedia. Salah lelaki gak tak prepare mental girlfriend dia sebelum buat apa-apa langkah yang drastik.
Aku cukup berharap bila sampai detik aku nak melamar nanti, si dia akan terima terus. Aku cari timing yang memang aku sorang je pernah buat untuk melamar.. bukan time lepas dinner atau waktu-waktu biasa yang orang lain buat. haha~ Buat plan baikkk punya. Tapi jangan tanya bila aaa..

0 comments:

Post a Comment